TOLONG KLIK IKLAN INI YA..TENKIU

Monday, October 26, 2015

hantu KPTM KL

Salam sejahtera guys,

just nak ce cite kat korang kisah seram yang pernah aku dan ex room mate aku alami ketika menginap di hostel kptm kl. oh! ye hostel tu terletak di shamelin perkasa berdekatan dgn SMK Seri Bintang Utara, rasa nya korang tahu kan.

aku just ringkas kan je sebab tak byk berlaku sangat pun tapi apa yg terjadi ni sangat sangat laa menakutkan aku sbb benda first time jadi seumur hidup aku..

okay mcm ni..biasa bila daftar U esok nya akan start orientasi nak di jadi kan cerita waktu daftar semua dan daftar utk bilik hostel aku dpt bilik di tingkat 4 tingkat paling atas sbb ada 4 tingkat je hostel aku tu, hostel aku tu apartment luas jugak laa. so masa family aku hantarkan aku ke hostel dah siap angkut brg kat atas yg byk tu dgn menaiki tangga. ye, ada tangga je lif mmg takda. so settle brg semua dah angkat pilih katil bhg bawah sbb katil double decker kan. masa tu aku sorang je manusia yg pertama menjejak kaki ke rumah aku tu (hostel aku ni rumah rumah tau bkn mcm bilik bilik mcm asrama tu) letak bantal baldi semua kat atas katil lepas tu turun balik sbb nak lepak makan dulu dgn family dkt kedai makan area Esso tu sblm dorang blah meninggalkan aku kat sini.

so dah settle makan semua family hantar balik ke hostel salam peluk cium semua, aku pun naik laa ke hostel aku tu, aku masuk dgn slumber nya tanpa rasa takut sbb dlm otak fikir "tak sabarnya nak kemas katil!" kononnya haha! dlm setengah jam jugak laa aku duk mengemas sambil2 tu main phone jugak aku pelik, mana room mate aku yang lain ni tak masuk masuk lagi..

oh ye! aku ada kawan dr sekolah menengah yg turut sama belajar kat situ jugak tapi dia duduk tingkat 2, so drpd aku duduk sorang kat bilik aku dgn satu rumah aku takda org nya aku pun msg kawan aku tu nak lepak rumah dia, aku pun melepak laa kat rumah dia sejam dua lepas tu naik balik ke bilik. so berjumpa laa aku dgn dua budak bilik aku. sorang tini, sorang nana. rumah aku penghuni sepatutnya ada 9 disebabkan yang enam lagi tu senior so kitaorg bertiga lah kat rumah tu..

waktu room mate aku ada, aku ajak dorang cuci toilet sbb bilik kitaorg master sekali dgn bilik air. lubang bilik air tersumbat aku pun korek dgn hanger keluar laa mcm kain apa ntah dlm tu malas nak menilik sgt kan.

so dah malam masa tu nak tidur laa aku sorang je tidur bawah. bilik kitaorg ada dua katil double decker dua kawan aku tidur atas, aku kongsi katil dgn tini, nana kongsi katil dgn senior yg masih lagi cuti sem tu. so malam tu aku tidur sambil menutup muka dgn bantal peluk aku. so tertidur laa aku sampai tiba tiba aku tersedar sbb aku rasa ada org tarik bantal perlahan2 3 kali mcm tu masa tu badan aku semua tak boleh nak gerak nak baca apa mmg tak dpt dah masa tu. lepas 3 kali tarik bdn aku dah boleh gerak aku terus bgn dr katil kejut tini suruh turun bawah tidur dgn aku.

lepas aku ajak tini turun katil bawah tidur berimpit dgn aku, tini pulak kena kacau dia ckp mcm bunyi benda bingit kat telinga dia mcm benda tu marah kat dia. benda ni dia ganggu kitaorg masa orientasi masa tu.

lepas dah habis orientasi 3 hari je kitaorg pun dah start kelas mcm biasa. lama lama kelamaan tu benda tu start ganggu student yg menginap kat hostel siswi ni, sampai histeria teruk laa. tapi kebanyakkan nya tingkat 3 yg selalu benda tu kacau. sbb student kat tingkat 3 ni dorg malam malam jenis suka memekak gelak tak hengatttt, sbb tu kot kena kacau..


histeria makin teruk lepas satu satu kena kat student, warden just panggil ustaz je. pernah satu malam tu aku dgn tini saja lepak dkt guard house malam2 masa tu, sbb mak tini nak dtg bawakkan makanan utk kitaorg sambil2 tu borak dgn guard, saja nak korek2 aku pun cakap laa kat guard sebelum kitaorg masuk siswi ni tak jadi pape ke sbb siswi ni kosong sebulan sbb senior tgh cuti kan masa kitaorg masuk. guard tu dgn slumber ckp "seminggu sebelum korang nak masuk benda tu ada lalu depan guard house pak cik ni tapi pakcik buat buat tak nampak je, sbb dia tak mengusik" gila pakcik ni tak kisah lah usik ke tak cik pon kot gila apa! aku terus hmm dah agak dah mesti something ni. pakcik tu siap ckp "kat sini mmg tmpt dia, kalau korang ternampak dia buat relax je, ckp je kat dia kau duduk sini nak belajar nnt dia pegi laa"  gila sungguh pak guard ni debo rasa.

sejak masa tu ramai laa student nampak benda tu, ada yg tgh mencangkung kat depan tangga laa, nampak kat tepi pokok. aku pun makin takut sbb aku tak kena kacau seteruk tu. ada yg sampai tahap budak kelas aku tingkat 2 rumah dia kena ketuk bila bukak mcm ada satu benda hitam laju je masuk. wallahulam.

oh ye! waktu dah start kelas senior2 semua dah balik jugak, sbb kitaorg start lecture serentak dgn senior2 jugak. so berkenalan laa kitaorg yg junior ni dgn kakak senior bilik kitaorg nama nya mira. dia katil bawah (sekatil dgn nana)

nak ringkas kan cite, aku suruh tini cabut katil dia so jadikan katil single sbb bilik panas sangat tak rasa kipas aku yg tidur bawah ni. maka katil kitorg di cabut dijadikan single cuma katil mira je kekal lagi double decker nya tu. cuma nana tidur sekatil dgn kitaorg (katil aku dgn tini dirapatkan) so tidur laa kitaorg bertiga kat katil tu sampai hujung sem. okay! cite nya mcm ni. ptg tu lepas balik kelas si tini tanya aku "weh kau menangis eh smlm?" aku cakap laa "bila masa aku nangis aku dah sedap tidur semalam" tini ni jenis penakut tapi cover cover dia pun ckp "ohh..okay abaikan" aku masa tu takda syak pape, tapi pelik laa sbb aku dgn nana jenis suka borak2 sampai tertidur. so hari demi hari berlalu, masa tu aku tini dgn nana tgh melepet kat katil, mira kat ruang tamu tgh study, pintu bilik tak tutup rapat sbb nak kasi cahaya lampu luar masuk sikit sbb kitaorg bertiga otw nak tidur masa tu. tiba tiba aku dgn nana automatik berpeluk sama sendiri aku ckp dgn nana "kau dgr tak apa aku dgr" "aku dgr aku dgr" aku panggil mira suruh masuk bilik. aku dgn nana dgr mcm ada benda tgh menangis ter esak esak kat sudut kaki katil kitaorg, tini dia tak dgr sbb dia pakai earphone. masa ni aku dah start cuak. benda ni dah start kacau rumah kitaorg pulak.

so suara menangis tu still ganggu kitaorg, pernah masa tu aku habis kelas pukul 3 ptg aku duduk kat meja study aku makan nasi sorang2 maybe yg lain tak habis kelas lagi or mereput kat bilik masing2. so masa tgh makan aku dgr suara menangis lagi kat bilik air kat ruang meja study kitaorg. aku dgn cool nya bawak bungkus nasi lemak tu makan dlm bilik. masa tu takut tapi lapar punya pasal aku pun makan malas nak peduli. hati kental konon! padahal penakuttt! aku msg roomate jugak bila dorang nak balik nasib baik sorang room mate balik pukul 4 ptg kira aku kena tinggal utk sejam je laa.

kadang malam malam bila tengah nak tidur, dah tutup lampu kitaorg berempat mesti dgr suara menangis tu. asal tutup lampu bunyi dia main tikar mcm tepuk2 tikar tu. asal tutup lampu nak tidur je dgr dia menangis lg. sbb duduk berempat takda lah takut sangat, kalau tinggal sorang mintak maaf laa  aku ngadu kat kawan aku mcm mana nak buat ni baca yassin pun tak jalan. dia suruh aku baca ayatul kursi dia setiap penjuru bilik sbg pendinding (aku main ikut je masa tu sbb tekanan asyik kena kacau) dia ckp lepas baca jgn sesiapa jgn ckp benda tak elok kat bilik ni nnt pendinding tak jadi, mencarut pun jangan laa. so aku pun buat so nak kata benda tu kacau takda laa kan still ada sikit sikit tapi tidur kami semakin lebih lena gitu. so hari demi hari kitaorg pun buat buat tak layan dah dgn tangisan tu bila kitaorg dgr kitaorg buat tak tahu je. tapi mesti masing2 kaku sbb mcm tergamam sbb kau tahu tu bukan manusia.

so hari demi hari suara tangisan mengganggu kitaorg, nak dijadikan cerita malam tu kitaorg berempat tengah terbaring kat katil masa tu lampu bilik pun dah tutup. pintu bilik dah kunci. mmg masa tu otw nak tidur dah tapi nak borak2 dulu. masa tengah asyik kitaorg dok borak tiba tiba anjing kat banggunan sebelah hostel kitaorg menyalak teruk sangat sampai kitaorg bertiga berpelukan, sorang tu kat katil dia so jauh dgn katil kitaorg. yela kan org cakap kalau anjing menyalak teruk sgt tu dia nampak sesuatu. masa tgh berpelukan tu si nana kat tengah2. kaki aku dgn tini mmg belit habis badan si nana ni. si nana badan dia straight kejung mcm tu. tiba tiba nak nangis dia ckp "korang bukak lampu korang tolong..bukak lampu" si mira pun bgn pegi bukak lampu. nana terus terduduk sambil nangis kitaorg tanya lah "kau kenapa? kau nampak apa?" nana dgn nangis nya ckp "aku rasa ada kuku mcm sentuh kaki aku, mmg kuku weh panjang je rasa kuku tu" dorang dah keliling ngadap aku, aku suruh tini baca surah apa apa masa tu. nana tgh dlm pelukan aku. tiba tiba dgr mcm ada hentakkan kat tingkap bilik kitaorg.

mira boleh pulak menangis dia ckp kaki dia mcm kena tarik sambil menangis kat telinga dia. aku dgn beraninya ckp "jgn ganggu kitaorg, kitaorg duduk sini nak belajar" benda tu seolah olah mcm marah kitaorg, mmg dapat rasa bilik tu lain macam. mintak mira call kan budak bilik depan kitaorg tp harammmm sorg pun tak angkat, dah tidur. mira suruh kitaorg semua keluar dr bilik ni tapi dia sendiri ckp "kang kalau keluar dia duduk depan pintu mcm mana?" eyyy mira ni aku jantung dah laju, masa tu fikir mcm nak hujung nyawa dah. mira nampak bayang2 kat celah bawah pintu, dia ckp maybe ada org tak tidur lagi. call lagi still tak angkat so memang tak laa nak keluar bilik. so menunggu jela kitaorg dlm bilik ni. tiba tiba aku dgr ada benda mecakar kotak kat atas locker kitaorg. dorang semua pub tersentak masing2 peluk. aku ternampak dr ekor mata aku belah kanan, nampak hitam putih. hitam tu mcm panjang je dlm hati aku "ah! sudah! mesti benda tu" aku pun "astagfirullahalzim!!!" si tini dah gelabah "weh kenapa? kenapa? kenapa?" korang tak dgr ke aku tanya dorang. sekor sekor diam. kitaorg berpelukan masa tu sampai laa subuh. baru tidur. so nana yg kelas pagi terpaksa ponteng sbb mengantuk punya psl. tini pun aku paksa dia ponteng sbb aku sorang je kelas pukul 12pm yang lain semua kelas pg.

masing2 pegi kelas tgh hari tu, lepas habis kelas kitaorg jumpa dlm bilik, masa tu masing masing bukak cite. tini dah syak aku nampak "benda" tu dia tanya aku "kau nampak apa semalam weh." atas locker tini ada kotak yg dah lipat tau. aku tanya lah dorang "tak kan korang tak dengar jelas gila bunyi dia" sebelum aku nampak "benda" tu aku dgr bunyi mcm ort menguis (yeke ayat ni) alahhh mcm org mengaru garu kotak kat atas locker tini tu. tapi aku tak nak toleh, aku tgk dr ekor mata, aku nampak benda tu tgh mencangkung. yes mencangkung sbb kalau dia berdiri mmg tak lepas sbb dah dkt sgn syiling. aku nampak putih dan hitam. hitam tu panjang smpi mencecah bawah dah tapi tak cecah ke lantai laa. tapi lebih kurang mcm dah tutup suku pd locker tu punya kepanjangan. sah sah laa hitam tu adalah rambut dia. putih tu badan dia.

rupanya2 tiga kawan aku tak dgr bunyi kotak tu, and tak nampak benda tu atas locker dorang ckp dorang takut sangat sampai dorang tgk muka aku je tak pandang mana dah. masalahnya kenapa dr awal dia byk kacau aku. lepas dah terjadi tu, benda tu kurang kacau kitaorg dah. tapi kalau mulut kau masin mmg kena lah andddd suara tangisan tu masih ada tapi jarang jarang. lepas kejadian tu selang beberapa bulan aku saja acah acah kacau nana buat buat gaya hantu nana pun marah "kau buat mcm tu weh kau kena laa malam ni" mmg malam tu aku kena kacau pun. rasa mcm ada someting kuis kaki aku. mmg terus melompat kat badan tini. lepas drpd tu kitaorg dah jadi lebih baik sikit kat bilik tu. mmg hari hari kena baca sebelum nak tidur. tapi..tak habis kat situ lagi. masa kitaorg nak final pun dia kacau bila kitaorg tutup lampu nak tidur, dia kan main tikar mcm kibas2 tu. sampai terpaksa tidur bukak lampu. tapi lepas next sem nasib baik tak kena kacau dah. alhamdulillah lah jugak. kontrak duduk hostel setahun je, lepas habis kontrak aku terus cari rumah sewa dkt area tu jugak cuma jauh sikit. duduk flat je.

hantu KEMOLOK

copi pes

FORUM CARI -- tengkiu eh

Sapa penah dengar cerita Hantu Kemolok ?

Ok aku bagi info sikit2 apa yg aku tau je

1. Terjadi kerana keturunan dari suku Minangkabau. Setiap generasi baru, salah satu famili dia akan menjadi Hantu Kemolok.
2. Setelah 3,4 hari dikebumikan, ada lubang di atas kubur itu dan berasap, lubang inilah Hantu Kemolok akan keluar
3. Sumber-sumber mengatakan, Hantu Kemolok ini akan pulang ke rumahnya atau pergi mencari saudara mara dan kenalan semasa hidup
4. Setelah sampai dirumah itu, Hantu ini akan merengek mendayu meminta makan..( seperti suara musang menangis )
5. Bukan hanya meminta makan, malah mencakar, mengetup pintu rumahnya..
6. Setelah keluarga dia mengetahui kepulanganya dan suara merengek seperti meminta makan..
7. Kaum keluarga dia akan menghidangkan nasi yang beralaskan kain kuning.
8. Sambil meminta atau berkata " selepas kau makan, kau balik ke tempat asal kau.. tmpat kau bukan disini lagi
9. Hantu Kemolok ini sangat pemalu dan tidak mengganggu orang seperti hantu-hantu lain.
10. Bentuk Hantu Kemolok ini seperti belon yang melantun-lantun dilantai..
11. Berwarna putih..kaki seperti arnab, tetapi dalam keadaan terbalik.

Bunyi Hantu Kemolok ini telah dirakamkan oleh member aku dalam bentuk kaset pada 2002, aku akan cuba minta kat dia
supaya korang semua dapat download dan terus mendengar betapa seramnya bunya Hantu Kemolok.

1. audio bunya hantu kemolok ini ada kat member aku  .. aku perlu mencari dia dulu untuk meminjam kaset itu supaya aku boleh buat Digital Mastering.
2. Alkisahnya member aku baru kematian kawan dia .
3. Setelah 3,4 hari dikebumikan.... tepat pukul 2.20 pagi  dimalam yang sepi angin sepoi2 bahasa..
4. member aku terdengar seperti ada orang menangis, merengek meminta sesuatu
5.mula-mula bunyi suara itu sayup jeee .
6. makin lama makin dekat bunyi suara tu
7. dan semakin dekat.. semakin dekatt...
8. Dan akhirnya bunyi suara yang seram itu, betul2 di luar tingkap rumahnya yang bercermin kaca..
9. Takkala walkman ada disisi member aku ni, termasuk mic sekali.
10. dia memberanikan diri merakam dari tingkap cermin itu...
11. dia menhulurkan mic keluar dari tingkap itu.. bunyi suara yang menyeram itu terus dirakam selama kurang 3 minit.
12. selepas member aku memberi tau famili arwah apa yang dia dengar malam tadi
13. keluarga arwah itu juga mengalaminya.. bunyi suara yang kuat, menangis, merengek.. sambil mencakar pintu.
14, bunyi suara hantu kemolok itu hilang pada pukul 5 pagi.. sebelum azan subuh.


1. bunyi musang aku tak tau..musang aku tau le
2. aku percaya, korang pasti akan meremang bulu tengok kalau dah dengar audio ni nanti.
3. member aku cakap, dah banyak kali orang terjumpa atau terserempak hantu kemolok ni
4. walaupun hantu kemolok ni pemalu.. dan akan menjauhkan diri dari dilihat...
5. tapi dah ramai juga yang pernah terjumap kelibat hantu kemolok
6. bentuk seakan2 belon yang sedang melantun dilantai
7. berkaki seperti arnab dalam kedudukan terbalik kebelakang.
8. sentiasa menutup muka kerana malu


antara cerita-cerita yg penah aku dengar dari member aku

kes 1
jam menunjukan pukul 1 pagi.. tiada hujan, bulan mengambang.. sambil duduk menonton.. tiba2 terdengar satu suara seperti meminta sesuatu....suara itu tidaklah terlalu dekat.. tetapi ingin tau.. terus membuka tingkap cermin dengan perlahan-lahan. malam itu terang kerana ada cahaya bulan.. semasa tengah intai dari tingkap cermin itu, kelihatan sesuatu bergerak seperti belon dilepaskan di atas lantai.. melantun secara perlahan-lahan. menuju ke semak.. dan hilang begitu saja.

kes 2
semasa pulang dari kerja dalam pukul 11 mlm.. rumah perlu melalui kawasan perkuburan. tiba-tiba nampak kelibat hantu kemolok seperti sedang memerhati .. seperti biasa keadaannya macam belon yg sedang dilepaskan di atas lantai. dia cuba menggenggam pasir dan membaling kearah mahluk itu.. sekelip mata benda itu terus lenyap di balik semak samun.

kes3
disebuah rumah kampung berlantaikan papan.. seperti biasa terdengar suara seperti meminta sesuatu, merengek, mendayu-dayu... dia mengalihkan tikar yg menutupi lantai papan tu, dan mengintai kebawah dari lubang renggangan papan lantai tu.
kelihatan benda putih seperti belon .. melantun-lantun sambil berlalu dari bawah rumah itu..

ke tiga-tiga kes ini berlaku selepas ada berita kematian dan telah dikebumikan kurang seminggu

Monday, October 19, 2015

Floating city FOSHAN CHINA

Thousands reportedly witnessed the spectacle of a ghostly alien city floating in the clouds over the city of Foshan in the Guangdong province of China last week. Footage recorded by residents of the city shows the mysterious phenomenon as witnessed by thousands of shocked residents of Foshan on October 7, 2015.




Parts of the city came almost to a standstill as people stood in the streets, looking up at the mysterious “floating city” in the sky, which appeared to have many skyscrapers. The apparition lasted only a few minutes before it disappeared, UFO Sightings Hotspot reports.

Mysterious Universe reports that a few days after the Foshan incident, people in parts of the province of Jiangxi, China, also reported sighting a ghostly alien city in the sky.
This is not the first time that a giant city has been spotted hovering in the sky over a Chinese city. A colossal structure resembling a city with skyscrapers was seen hovering in the sky over Huangshan City in the southern Anhui province in 2011.



The Huangshan City sighting was remarkable because several stunned residents snapped pictures of the floating city showing what were clearly tall buildings or skyscrapers with trees.
The Inquisitr also reported in April an incident in March, 2011, in which hundreds of residents of the village of Dulali in Lanzai South Ward of Darazo Local Government area in Bauchi State, northern Nigeria, reported seeing a great floating city in the skies above their rural communities.

Conspiracy theorists believe that the recent spate of sightings could not be coincidence, and floating cities could be apparitions resulting from tests of the latest Project Blue Beam technology to see how residents of cities would react.
Project Blue Beam is a popular conspiracy theory that claims that NASA will soon attempt to inaugurate the Illuminati-sponsored Satanic New World Order (NWO) agenda under the authority of the Antichrist by using holographic image projection technology to simulate the second coming of Christ, or a space alien invasion of Earth.
The theory was originated by Serge Monast, a Quebecois conspiracy theorist, who predicted in the 1980s that NASA would implement the project by 2000, although he had predicted initially that the project would be implemented in 1983 and later shifted the date to 1996.
“Saw the original on Chinese chat sites. Notice the group of buildings is repeated three times? If it isn’t someone making it on their computer, it seriously could be project blue beam. Also you see s******d of HAARP images they’ve been producing in American clouds the last five years. This could be stage two of America trying to f**k with them. Stage one was the rod of god destroying the port.”
With recent developments in the use of holographic devices to project life-like movie images onto clouds, believers say that the implementation of Project Blue Beam is imminent.



A research team, called Project Nimbus, recently demonstrated a holographic device reportedly based on the principle of the zoopraxiscope that was able to project the image of a green horseman galloping across the skies.
However, not everyone believes that the ghostly city which appeared in the sky over Foshan was a Project Blue Beam test run. Some believe it was a naturally generated optical illusion. One example is the phenomenon called Fata Morgana.
A Fata Morgana is a form of mirage that can be seen on land or at sea. It involves the optical distortion and inversion of distant objects, such as boats, islands, and the coastline. The mirage often appears as a city of skyscrapers because successive images are stacked.
Fata Morgana mirages are caused by rays of light undergoing bending when they pass through layers of air with different temperatures.

Viral kat Internet hantu en kordi

ni dr fb en kordi..

kata nyer.. mak dia sidai baju camni.. kalo aku, aku pun seram.. mak dia tak kasi dia balik lambat kot


Tuesday, October 7, 2014

Ya Ampunn.. aku ada blog rupanya?? muahaha... dah lama giler tk update citer hantu kt sini wpun kopipaste.. aku rasa ko kerani je kat opis ko.. tp sibuk ko kalahkan ko CEO kompeni..

terbaca kt forum citer pasal riviera apartment kt area mrr2 .. amboi.. hebat kemain ko kata apartment tu berantu yer.. walhal tu la rumah aku duduk masa 1st year blajo kt ypm shamelin dlu.. elok je .. celah mana hantu nyer.. balik pun tgh2 malam.. elok je smpai ting 5 naik lift tu... budak2 siap berdating lagi kt tangga smpai ke subuh hari.. elok je jadi org smpai skrg tkdek pulak kerasukan  bagai...

elok je kitorg mandi swimming pool smpai ke maghrib.. atau malam2 lepas peksa ilangkan stress.. selamat je jadi kerani smpai hari ni..

cerita no 1:
(credit to http://mforum1.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=682000&extra=&page=2)
Salah satu story yg agak menarik dn seram bulu roma bile mendengar ialah brkenaan area tangki air or rooftop yg ad saya mention sblum ni..ingat tak sy cerita yang salah sorang mmber yg lead kitorang tu tak bagi kitorang masuk area tangki air tu?sbenarnye begini, mmber sy yg lead tu die ni boleh kata ad kelebihan dn ilmu kebatinan sikit lar (die ni juga orang yg sama yg cuba memulihkan si A dan si B masa diorang brdua kena rasuk time keluar dr tempat tu)..so die kata, die boleh scan dan nampak bnda2 tu serta yg paling best die boley imbas peristiwa2 yg penah brlaku kt ssuatu tempat tu..(tak tahu betul ke x korang nilai sndiri)..

So ceritanye masa die scan area tangki air tu, die ad trnampak roh or hantu yg tak tenang berkeliaran kt citu..kata nye lagi roh tu adalah sorang pelajar pmpuan, yg bernama NISA..(ingat lagi time si B kne rasuk, bile tanye nama siapa, die jawab NISA)..time tu mmg saya agak terkejut gk dengan cerita die..saya tanya lagi ape lagi ko tau pasal roh budak perempuan tu, die kata dulu semasa die Nisa ni adalah sorang yg lurus bendul, die ni boley kata jenis yg ikut jer ape orang cakap or suruh..disebabkan ni die slalu jadi mangsa buli oleh rakan2 lain..so satu hari tu, kawan2 die pakat nk kne kan si Nisa ni, so diorang g jumpa die dan citer kt die konon2 nye larr barang diorang ad trcicir kt dlam tangki air tu..so diorang minta Nisa tolong ambilkan barang diorang tu..

So Nisa ni pun dengan lurus bendul nye g lar masuk tangki air tu..tapi die tak tahu sbenarnye pintu tangki tu hanya boleh dibuka dari luar saja..dari dalam tak boleh buka..so lepas die masuk tu die dah kira trperangkap tak dapat keluar lar..kira mmg niat budak2 ni berjaya lar nk kenakan Nisa ni..so die trperangkap kt dlm tu utk jangkamasa yg tak diketahui smpai lar die meninggal kt citu..so kesudahannya mmber sy kata tak tau mcm ner tp kemungkinan ad orang jumpa or tak pun MASIH BERADA kt dalam tangki tu..(saya sbenarnye was2 gk dengar citer die, tp nk wat cmner layan kn jelar)..so die kata lagi, salah satu yg duk mengacau si A dan B tu ialah roh budak perempuan ni lar..coz die tak tenteram dn berkeliaran kt citu..huhu..seram giler dengar citer die wlaupun tak bpe nk prcaya dan terbukti kebenarannye..pasal citer ni korang pandai2 lar nilai sndiri err..sbb bukan sy yg kena,tahu pasal ni..

Ok selain tu, ad citer lain gk..bnda ni brlaku masa kitorang jalan2 kt area tiga floor teratas tu..menurut mmber2 lain, diorang perasan sbenarnye masa kitorang kt floor atas tu tu diorang kata sbenarnye kitorang tak brgerak mana2 pun! kitorang sbenarnye brpusing kt tmpt yg sama! kenapa mmber2 sy ckp cmtu? sbb diorang kata, diorang trasa pelik kenapa setiap floor dn bilik yg kitorang masuk,lalu time tu rupa die exactly sama or sebijik..mksudnye susunan meja2,kerusi,kaca pecah dan barang2 yg berselerak tu position nye hampir sama or sebijik kt setiap floor..sy ckp lar kt diorang tu mainan perasaan je kot..lgpun setiap floor tu mmg lebih kurang pun rupannye..nama pun bangunan trbengkalai mmg rupa setiap tingkat tak banyak beza..tp diorang nafikan..diorang mmg yakin yg setiap floor yg kitorang pergi tu adalah tempat yg SAMA wlaupun scare teknikal nye kitorang turun naik tangga g tmpt2,floor lain (yg ni pun saya tak bape perasaan sgt, sbb tmpt tu tu gelap kn, mana lar sy nk perasan yg sy lalu tu tmpt sama ke x)..

Then satu lagi cerita, mmber2 sy ni kata lagi masa pergi kt floor paling atas skali tu kitorang pergi kawasan yg paling tepi skali..kira tmpt yg hujung2 yg boley tengok pemandangan semua tu..ok mmber ni citer die prasan ssuatu yg pelik brlaku..ok cmni nk bg korang paham, cuba bayangkan time tengah malam, korang nk tgk bulan purnama..cth lar korang duk umah flat..then korang tengok bulan tu kt belah hujung coridor/kaki lima umah korang...then bile korang pergi ke koridor yg hujung belah satu lagi, korang trnampak exactly bulan purnama kt position yg sama..padahal kalu ikut logic klu korang pergi kt belah satu lagi mustahil korang boleh nmpk bulan purnama tu sbb sepatutnye die berada kt belah hujung satu lagi dan jarak antara dua hujung corridod tu jauh..mcm ner boley brlaku? sy pun tak ley nk jelaskan mcm ner..dan itu lar yg brlaku kt mmber sy time tu masa kitorang jalan dri bilik yg paling hujung ke yg hujung satu lagi padahal bilik tu menghadap ke arah brtentangan antara satu sama lain..(yg ni sy boley buat andaian die trkena ilusi or khayalan perasaan je kot)..

Actually ad lagi benda2 or kelibat pelik2 yg mmber2 lain nmpk..sy maklum lar rabun malam so mmg xnmpk ape lar time tu huhu..antara nye diorang citer, diorang nmpk smacam kepala timbul kt swimming pool, bnda merangkak ( ala2 citer The Ring tu) kt area sama gk, then ad yg nmpk semacam lembaga yg tinggi dan kurus kering tengah brbaring kt dalam satu bilik ni (lupa tingkat bape),kesan tapak kasut yg brdarah lar dn mcm2 lar..so saya rasa setakat tu jelar citer drpd sy..klu korang nk merasa sndiri boley lar try g melawat tempat tu..tp make sure prepare awal2 lar..tkut pape jadi susah mcm saya nnti huhu..orait thats all about my story..


Sunday, February 12, 2012

kembara the others

biasalah, bloggers cikai mmg main cilok je hasil penulisan blgger lain..muahahah! credit to cari.com


ok nama grup ni agak biasa lah
namanya The Others (bersempena nama album aku dalam facebook)
back in 2007, saya dan seorang kawan, endi namanya, memulakan aktiviti mencari hantu...
kami mempunyai grup seramai 4 org... dan plg jauh kami pergi sehingga ke Bukit Minyak, Ijok.
kami mula merakamkan pic dan video di kawasan yg dipercayai...
byk juga yg kami dapat tp tak penah tegerak nk share... pasal kami pikir cam ramai yg takkan caya...
lepas tu kami berpecah dan segala data tu di simpan oleh org lain...

aku dan endi shj tinggal...
kemudian 2010, aku mula rekrut sorg utk aktiviti touch n go dan misi kami yg pertama berjaya dan merupakan titik tolak kepaa pengilhaman utk menubuhkan grup kedua...

The Others
the others adalah nama yg dipilih utk grup ni.. yg mana aku dan endi masih lagi penggerak utama dan disertai faris dan kay...
kami masih lagi menjelajah di sekitar kawasan KL dan Selangor...
kawasan tumpuan kami masih lagi, Ghost in the City.
Kami bukanlah pemburu hantu, pencari entiti, perakam hantu or sebagainya.

Kami hanya explorer yg mengumpul data dan pengalaman menjelajah ke tempat2 begitu... kerana pada kami jika nk tgk hantu, tgklah cerita hantu, sebb di sekeliling kita pun byk hantu.. mengapa bersusah ke tmpt lain? jadi
main objektif kami ialah, menjelajah ke tempat-tempat mistik YG DIKATAKAN ANGKER dan mempunayi ceritanyer sendiri.
bagi menyaksikan kesahihan cerita/ mitos itu dan melihat sendiri keadaan tmpt yg dikatakan itu. dapat or tak entiti tu bukanlah kerja kami, itu kerja DIA. Kami cuma ingin menyaksikan sendiri tempat2 sebegitu daripada hanya mendengar cerita org dan kepercayaan org yg lain.

org slalu berkata macam2 tentang hal sebegini tetapi adalah lebih baik dari mereka pergi sendiri dan lihat sendiri dan cakaplah sendiri. kami hanya ingin berkongsi pengalaman bersama org lain bukan utk suka-suka tp untuk berkongsi dari sudut ilmiah dan good experience. kami mengalu-alukan sebarang cadangan tp tidak sudi menerima kritikan kerana kami bukanlah peserta AF yg harus diadili, sukati kami lah nk buat apa pun kan, itu adalah kami punya suka. (u got problem with that?)
kami masih menjunjung rukun iman dan rukun islam, kami tidak terlibat dalam upacara khurafat dan lain-lain.
kami adalah manusia biasa yg minat menjelajah dan berkongsi pengetahuan, jika ada yg ingin menunjukkan kepandaian eloklah org itu pergi sahaj ke universiti menjadi lecturer, tidak payahlah menlecturer kan kami or anything like that.

Thank you kpd Cari.com kerana menyediakan platform utk berkongsi pengetahuan sebegini, jadi kepada para pembaca have fun!

Penafian:Kami tidak berniat mempengaruhi sesiapa mengikut jejak kami, kami tidak bertanggungjawab di atas segala risiko yg anda hadapi ketika membaca fakta dari kami dan juga cuba pergi sendiri ke tempat kejadian..

klo salah tlg tunjukkan, buah cempedak di luar pagar
ok?

ni adalah buah tgn pertama kitorg

KEMBARA KE HIGHLAND TOWERS



info kembara highland tower

mlm tu aku dgn faris je berdua pegi... berbekalkan satu kamera...
kitorg redah,...
dlm kul 3 pagi kitorg dah masuk kawasan highland tower tp kitorg saja ikut jalan belakang sbb

1) aku plg benci jalan depan yg mengadap higland tower (HT) tu
2) faris nk tgk tempat yg aku dapat rakaman suara pontianak..

pastu jalan belakang tu turun bukit, awal2 lg kitorg dah dikejutkan dgn pakcik teksi yg bawa tak igt nyer laju... habis segala bumper dia langgar... dgn kitorg2 skali dia nk langgar... cam nmpk hantu gamaknya (ye kot?)

pastu sesampai je aku di depan banglo tinggal tu... kamera mengalami masalah teknikal , 
kekurangan cahaya untuk snap pic highland tower, so aku suh dia snap pic banglo dan jalan masuk...

3-4 kali faris tak dpt snap kerana kamera gagal berfungsi sbb takde cahaya...

lepas 2-3 minit baru function faris trus snap seberapa byk yg boleh...
pastu kitorg trus blah, memanangkan itu misi touch n go je...

waktu balik kitorg berhenti kat tepi jambatan dekat roundabout au3 keramat
kitorg berjaya snap 7 pic tapi 5 hitam je.. 2 je jadi tu pun gabar yg sama...
aku tgk dgn teliti kedua2 pic tu... mmg sama cuma satu darinay ada terdapat entiti...
so lepas belek2 nyer belek dapat lah... hasil yg seperti korg tgk tu...
tp tu hanya satu je... aa byk lagi citer kitorg kat sana...

Wednesday, October 12, 2011

Genting Highland

seperti biasa... cerita yang di kopi paste dr forum cari.com kredit to pumpkinhead :)


aku ada satu cerita pelik/aneh yang aku tak berapa pasti akan jadi cite seram ke tidak.tapi aku cerita je lah.masa umur aku 15tahun,tahun 2000 dulu, hampir setiap bulan abah aku bawak jln2 genting highland.nak makan mcD pun sanggup pegi genting highland makan lepas tu balik.macam la umah shah alam takde mcD haha.dulu samaada balik hari atau tido dekat amber court.amber court tu memang hodoh dari luar,tapi dalam bilik cantik je.alhamdulillah takde benda scary happens kat family aku selama lepak amber court.

ape yg aku nak cerita ni berlaku dekat parking lot cable car tu,ape nama dia?parking lot awana eh? parents aku dah BAN genting highland so maaf lah aku lupa nama parking tu.kalau boleh aku nak lupakan terus kenangan pahit ni tapi sesekali mesti teringat kan.so kali terakhir pegi genting highland bersama family tu,bapak aku decide nak balik hari dan takmo parking dekat atas area theme park.dia parking dekat tingkat atas sekali(tingkat 4 kot) parking lot yang bersekali dgn cable car tu.

sepanjang hari dekat theme park memang best sehinggalah kitorang balik time maghrib.lepas keluar daripada cable car tu terus la menuju ke parking lot.semua adik beradik dgn abah aku dah jalan ke depan so tinggallah aku jalan sebelah mak aku slow2 take our own sweet time.sambil jalan dengan mak aku kat sebelah tu aku borak2 la dengan dia.lepas tu dia hilang,pling! macam tu je.aku sendiri tak percaya.Bila sampai dekat van abah aku tanya la, "mana mak?" "tak tahu" aku jawab.so terus la kakak sulung aku mengamuk2 salahkan aku sebab tak pandai jaga mak sedangkan aku jalan sebelah je.masa tu aku memang lurus bendul, aku memang tak tahu mane mak aku hilang.aku nangis je la,dah ler aku tgh uzur.aku baca la apa2 ayat quran yang patut sambil merayu2 supaya aku jumpa balik mak aku.masa tu adik beradik yg lain pun dah menggelabah so berlari la kesana kemari jerit nama mak aku.

untuk pengetahuan korang, masa tu takde orang yang jalan2 baru balik dari theme park menuju ke kereta masing2 kecuali family aku.memang sunyi habis.cuma ada 2biji kereta yang berlumba antara satu sama lain(hampeh kat parking sempit pun nak lumba) turun dari atas ke bawah.aku tak ingat berapa minit atau jam cuma yang pasti kitorang cari mak lamaaaa sangat.terjerit sana sini macam org gila,dari tingkat 4 tu lari turun ikut ramp sampai ke bawah dan separuh adik beradik lain(masa tu kami 6beradik) pergi cari dekat area tangga.rasanya setiap sudut dan tingkat parking lot tu kitorang check tapi mak memang takde, memang tak terserempak.mak aku bukan jenis suka bergurau main nyorok-nyorok pun.

sambil cari tu sambil la dok baca ayat2 quran,aku penat cari sambil nangis (sambil taip pun nangis huhu teringat).aku rasa bersalah sangat, macam aku tatau jaga mak sendiri.macam aku anak yang jahat.so masa aku turun dari salah satu ramp kat hujung(ramp yang menghubungkan kereta untuk turun dari satu tingkat ke satu tingkat) aku minta sangat kat Allah SWT supaya tolong la pulangkan mak aku balik, better ganti dgn aku je.amik je la aku ni,aku ada lagi 2 adik kecik yang perlukan mak aku.lagipun aku tak tahan kene marah dgn kakak sulung aku yang garang tu (iyelah dia anak sulung,mesti dia panik gak).tiba-tiba mak aku keluar dari sebalik ramp tu,macam mana nak describe eh, kiranya aku nak turun dan mak pulak nak naik,so kitorang jumpa dekat ramp.masa tu ya Allah! leganya hati aku.mak pulak nampak letih sangat,muka sayu je tak cakap apa2.aku terus tarik tangan dia bawak pegi van.so sepanjang balik semua dalam van senyap je terutama bapak aku.berkerut-kerut muka dia sepanjang dia drive.takde sape nak marah2 aku lagi dah,macam lega dah jumpa mak.

sampai umah semua dikehendaki mandi,buat ape yang patut dan tido.so sebelum masing2 nak masuk tido mak aku cerita la,berkerumun semua pegi kat meja makan nak dengar apa yang dah jadi kat family kitorang sebenarnya? ni dari sudut pandangan mak aku pulak yer, dia cakap kali terakhir dia ingat dia jalan dengan aku.lepas tu tiba2 semuanya kosong.parking lot tu ade je kereta macam biasa cuma langsung takde orang.dia cakap dia perasan masa nak menuju ke van tu ade budak remaja berlumba kete, dengan bunyi kereta diorang yang bising setiap kali diorang drift selekoh turun ramp tu.tapi sekarang semuanya kosong! so dia jalan kaki tgh2 jalan diantara kereta2 yang berlambak parking tu.dia turun dari satu tingkat ke satu tingkat,still jalan tengah2 jugak.ikut logik, kalo dia jalan tengah2 mesti dah kena langgar dekat kereta budak remaja yang berlumba tu.sebab seingat aku banyak kali jugak diorang drift turun bawah lepas tu naik balik saje2.ape yang lagi pelik,mak aku cakap masa dia turun satu tingkat,dekat hujung dia nampak macam ramai orang tengah jln2 borak,makan minum tanpa mempedulikan dia.macam tak perasan dia wujud.macam dekat hujung ada restoran,lagilah tak logik sebab parking lot tu 4segi je,antara hujung ke hujung adalah dinding.kalo bawak kereta sampai hujung tak berhenti maknanya terjunam ke bawah la kan.so dia turun lagi satu tingkat,sebab dia ingat mane lah tahu kitorang tertinggal kan dia dan tunggu kat bawah ke ape.still bila dia turun lagi satu tingkat,kiri kanan memang takde orang langsung kat parking tu kecuali hujung kat dinding dia nampak orang yang sama,pakai baju yang sama,buat perbuatan yang sama.


masa tu barulah dia perasan dia dah kena main2kan oleh makhluk Allah lagi satu ni,macam dia dah masuk alam lain,dah kena sorok.dia bacalah ayat2 quran sambil jalan dengan niat dpt jumpa family semula,sampai tingkat bawah dia turun.lepas tu dia naik balik,masih jalan dengan tengah2 tu.setiap tingkat semua sama mak aku cakap,balik2 jumpa bende yang sama.pusing2 itu je.sampailah dia penat sangat,so dia berzikir la.dia cakap dia baca asmaul-husna, masa tu lah dia lepas dan terserempak dengan aku huhu.


susah nak diterima oleh akal tapi itulah,benda dah jadi.sejak peristiwa tu parents aku ban genting highland,abah aku bawak jalan2 tempat lain je.adik kecik aku pun takut nak gi sana,dia kata takut mak hilang lagi haha.tapi aku stop pegi sana dari umur 15 sampai masuk Universiti je lah.bila masuk U,kawan2 ajak pegi,aku pun rindu sangat so aku pegi je tanpa parents tahu haha.alhamdulillah tak jadi apa2 lagi.tapi lama2 parents tahu dah,diorang takde nak marah pun.cuma suruh tanggung risiko sendri je lah.sekarang aku dah keje,langsung dah tak pegi.lepas ni mungkin?haha.


so aku harap korang enjoy dan amik ikhtibar cerita aku, sebab aku rasa kalo kita takut sangat dgn benda tu nanti jadi khurafat pulak so redah je lah nak pegi genting tu! cuma beringat antara satu sama lain,jgn gembira sangat,banyakkan berzikir dgn niat hanya kerana Allah SWT.aku tak alim pun tapi aku nak pesan je lah supaya sentiasa ingat Allah, tak mampu buat yg sunat buat yg wajib dulu,sentiasa memaafkan org sekeliling dan diri sendri lepas tu bertaubat je sentiasa.


aku bersyukur ape2 pun makhluk yang sorok mak aku sekejap tu.... tak sorok aku sekali.aku rasa masa tu sebab "dia" fikir mak aku ni alim,baik dan mak paling best di dunia,baik dia uji mak aku.kalo dia sorok aku pun buang masa je,ape aku boleh buat sangat pun masa umur 15thn tu? nangis je kejenya.kang tak pasal satu hal pulak "dia" nak pujuk aku yg suka nangis ni,nak prepare kan aku dgn pelajaran lagi, PMR nak dekat masa tu haha.


selamat hari ibu untuk mak aku, lama dah aku tak teringat kenangan ni balik.